23200, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

18 November 2016

Lawatan Sambil Belajar ke ADTEC

Assalamualaikum.

Untuk aktiviti pasca PT3, Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman. Lawatan yang diadakan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada peluang pengajian dan kerjaya yang ada di samping memupuk minat pelajar terhadap bidang kemahiran. Berikut merupakan butiran bagi lawatan:

Tarikh: 16 November 2016 (Rabu)
Jumlah pelajar: 32 orang
Guru pengiring: Encik Ahmad Yusran bin Yusof, Puan Nur Diana binti Mohd Kamal, Cik Fatimah Syahirah binti Mohamad
 
Untuk makluman, terdapat 8 kursus yang ditawarkan di ADTEC dengan jumlah 7 bengkel yang disediakan untuk para pelajar. Rombongan kami berkesempatan melawat 3 bengkel yang berikut.

1. Bengkel Teknologi Kimpalan









2. Bengkel Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal









3. Bengkel Teknologi Automotif





Seterusnya, rombongan lawatan berkumpul di Dewan Utama untuk sesi taklimat oleh Pegawai Pengurus Pelajar, Encik Azhar.








Terima kasih kepada pihak ADTEC yang sudi menerima kunjungan pihak kami. 

Sekian.










0 comments:

Post a Comment