23200, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

26 January 2017

Kejohanan Bola Tampar Zon Bukit Besi 2017

Assalamualaikum.

SMK Jerangau telah terpilih untuk menjadi tuan rumah sekali lagi untuk tiga tahun berturut-turut bagi Kejohanan Bola Tampar bawah 18 Sekolah Menengah Zon Bukit Besi 2017. Alhamdulillah, acara yang berlangsung selama 2 hari ini telah dilaksanakan pada:


1. Hari Selasa, 24 Januari untuk kategori Perempuan
2. Hari Rabu, 25 Januari untuk kategori Lelaki

Sebanyak 3 buah sekolah yang bertanding untuk kategori Perempuan.

1. SMK Jerangau
2. SMK Kuala Jengal
3. SMK Durian Mas




Pasukan P18 SMKJ berentap di gelanggang



Urusetia yang tidak kenal erti lelah jemu


Cikgu-cikgu yang berdedikasi tinggi


Untuk acara keesokan harinya,

Sebanyak 5 buah sekolah yang bertanding untuk kategori Lelaki.

1. SMK Jerangau
2. SMK Bukit Besi
3. SMK Durian Mas
4.. SMK Kuala Jengal
5. SMK Padang Pulut




Wira-wira Jerangau


Penyokong yang setia bersama di kala panas atau hujan



Alhamdulillah, SMK Jerangau telah muncul JOHAN untuk kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan bawah 18. Tahniah!



Wajah sang juara!!🎉🎉

** Pasukan lelaki tidak sempat bergambar kerana hujan lebat




Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Kejohanan Bola Tampar bawah 18 sekolah menengah Zon Bukit Besi 2017.

Sekian.

22 January 2017

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. SMK Jerangau dengan jayanya telah mengadakan Majlis Watikah Pemimpin Pelajar seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Januari 2017 (Ahad)
Tempat: Dewan Al-hikmah
Masa: 8.00 am
Perasmi: Tuan Haji Zawawi bin Ali (Pengarah Perikanan Negeri Terengganu)



Ucapan alu-aluan daripada Tuan Pengetua





Pemimpin pelajar khusyuk mendengar ucapan daripada pengetua dan perasmi majlis



Tuan Haji Zawawi bin Ali: Pengarah Perikanan Negeri Terengganu





Badan Pengawas Sekolah


Pengawas Pusat Sumber Sekolah


Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks

Semoga dengan amanah yang diberikan ini, pemimpin pelajar SMK Jerangau menjadi insan yang lebih komited dan berjaya di dunia dan akhirat.

Ameen.








13 January 2017

Selamat Datang

Assalamualaikum.

Warga SMK Jerangau berbesar hati menyambut kedatangan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baru, Puan Hajjah Faridah binti Mohamed ke SMK Jerangau. Puan Hajjah Faridah binti Mohamed merupakan Mantan Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Ketengah Jaya. 






Rombongan dari SMK Ketengah Jaya

Selamat datang Puan Hajjah Faridah!

Ikhlas dari kami,

Warga SMK Jerangau.






Perhimpunan Bulanan

Assalamualaikum.

Buat julung kalinya, warga SMK Jerangau yang terdiri daripada guru dan kakitangan telah menghadiri perhimpunan bulanan untuk tahun 2017. Perhimpunan yang pertama ini diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 4 Januari 2017 (RABU)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Al-Hikmah
Tetamu jemputan: Encik Abdul Mubin bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun



Ucapan alu-aluan oleh Encik Zakaria bin Abdul Rahman, Pengetua SMK Jerangau




Sekian.



Pertandingan bowling Kelab Muhibbah

Assalamualaikum.

Bagi memperkasakan aktiviti tahunan kelab guru, Kelab Muhibbah SMK Jerangau telah menganjurkan satu pertandingan bowling di kalangan warga SMK Jerangau dan ahli keluarga. Berikut merupakan butiran bagi pertandingan tersebut:

Tarikh: 13 Januari 2017 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Mesra Mall, Kemasek



Mendapat sambutan yang memberansangkan dari guru, staff dan juga ahli keluarga



Cikgu Hadi dan Ustaz Marzuba bersama ahli keluarga



Pemenang akan ditentukan berdasarkan mata yang terkumpul pada pertandingan yang akan datang. InshaAllah akan bersua lagi untuk Sesi Bowling 2.0.

Sekian.

Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2017

Assalamualaikum.

Mesyuarat Agung Rumah Sukan bagi tahun 2017 telah diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 3 Januari 2017 (SELASA)
Masa: 1.20 pm - 2.00 pm
Tempat: Dewan Al-Hikmah

Mesyuarat ini diadakan bagi melantik Jawatankuasa setiap rumah sukan dan bagi membincangkan Kejohanan Larian Desa yang akan diadakan pada minggu yang berikutnya.




Taklimat oleh Encik Kasiran bin Samuri, Setiausaha Sukan SMK Jerangau



Pelajar-pelajar tekun mendengar taklimat sebelum berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing.

Berikut merupakan Ketua Penasihat Rumah Sukan bagi tahun 2017:

Biru: Encik Nazri bin Ghazi
Merah: Encik Khairulmizam bin Muhammad
Hijau: Encik Mohd Khairul Azuan bin Rosli
Kuning: Encik Mohd Adhan bin Ibrahim

Sekian.




12 January 2017

Kejohanan Larian Desa 2017

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. SMK Jerangau telah berjaya menganjurkan Kejohanan Larian Desa 2017 pada 12 Januari 2017 (Khamis). Cuaca yang baik melancarkan lagi perjalanan program tersebut. Jemput layan gambar di bawah:




Guru-guru gigih mengagihkan makanan kepada pelajar-pelajar







Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Anjung Ilmu sebelum "berlepas"



Sesi memanaskan badan



Wajah ceria cikgu-cikgu





Team RELA yang tiptop!













Majlis penutup dan penyampaian hadiah di dewan





Syafrul Amrin: Johan L15



Muhammad Syukran bin Ramli: Johan L18


Wan Anis Amiera: Johan P18


Johan keseluruhan: Rumah BIRU!!

Tahniah buat semua warga Rumah Biru!


Sekian.

Wassalam.















Program bersama Dato' Din bin Adam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Warga SMK Jerangau telah menerima kunjungan daripada Dato' Din bin Adam, Timbalan Pengerusi Ketengah untuk minggu pertama persekolahan pada tahun 2017. Butiran kunjungan Yang Berhormat Dato' Din bin Adam adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 Januari 2017 (ISNIN)
Masa: 9.00 am
Tempat: Dewan Al-Hikmah SMK Jerangau



Ucapan alu-aluan daripada Cikgu Mohd Azahar bin Sapei selaku pengerusi majlis



Pelajar-pelajar cukup bertuah menerima motivasi dan kata-kata semangat daripada Dato' Din bin Adam.



Semoga pelajar SMK Jerangau lebih cemerlang untuk tahun 2017 seiring dengan motto sekolah "JET: JERANGAU TERBILANG"

Sekian.