23200, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

30 March 2015

Majlis Tadarus AlQuran dan Festival Nasyid peringkat zon

Alhamdulillah, Karnival Dakwah peringkat zon Bukit Besi telah berlangsung dengan jayanya di SM Imtiaz Kemaman dengan penyertaan dari 6 buah sekolah di Zon Bukit Besi. MTQ ini berlangsung pada 30 Mac 2015. Tahniah kepada peserta-peserta yang mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.

Syarahan (L) - Naib Johan
Syarahan (P) - Ketiga
Hafazan - Ketiga
Tilawah - saguhati
Nasyid - Ketiga

Sekalung penghargaan kepada Semua guru pendidikan Islam yang bertungkus lumus bersama-sama menjayakan Karnival tersebut.

28 March 2015

Program Latihan dan Perlawanan Persahabatan

Program latihan dan perlawanan persahabatan hoki ini telah dilaksanakan di SMK Padang Midin pada 28 Mac 2015.

27 March 2015

Senamrobik Peringkat Asrama

Diadakan pada 28 Mac 2015
Tempat :Dewan Al Hikmah
Masa:8.30pagi
Seramai 48 pelajar Lelaki Dan 68 pelajar perempuan.




18 March 2015

PERKHEMAHAN PBSM 2015

Assalamualaikum,


Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah menganjurkan satu perkhemahan di Hutan Lipur Cemerong  pada 5 hingga 7 Mac 2015 yang lalu. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam itu disertai oleh 39 orang pelajar, 6 orang guru penasihat PBSM dan juga 4 orang murid lain yang membantu untuk urusan di dapur. Terima kasih kepada semua guru penasihat yang telah menyumbangkan tenaga dan masa terutamanya kepada kem komandan, Encik Muhammad Shamsul Hadi dan Cik Maizatulazwa yang telah memberikan komitmen sejak dari awal perkhemahan sehinggalah ke majlis penutup. Terima kasih juga kepada guru- guru lain yang bukan penasihat PBSM tetapi sudi meluangkan waktu bersama terutamanya Encik Azrul Faizal, Encik Mohd Radzuan dan Cik Nurul Fatin.


Sepanjang perkhemahan berlangsung, banyak aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Pertandingan Memasak, Pertandingan Memancing, Night walk, Persembahan Kebudayaan, Treasure Hunt. Guru- guru penasihat yang terlibat:

1. Encik Muhammad Shamsul Hadi bin M Taha
2. Cik Maizatulazwa bt Mohd Noor
3. Puan Sazilawati bt Yusof
4. Puan Nur Diana bt Mohd Kamal
5. Puan Rosmeira bt Mohamad @ Ali
6. Puan Norlia bt Romele







Persembahan kebudayaan: Dikir Barat



Taklimat sebelum Treasure Hunt bermula



Puan Sazi, ketua penasihat PBSM







Sekian.







13 March 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 19



Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Dungun

Tarikh : 9-12 Mac 2015 Tempat : SMK Sultan Omar Kejayaan : 4 Emas dan 4 Perak Tempat ke-5 daripada 25 sekolah yg bertanding.
ertanding

9 March 2015

Majlis penyampaian sijil SPM Pada 3 Mac 2015 Jam 11pagi

Nurul Syuhada 6A SPM
Farhatiqah 5A SPM