23200, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

20 April 2015

Perkhemahan Badan Beruniform

Alhamdulillah, perkhemahan perdana badan beruniform telah berjaya dilaksanakan pada 16-18 April 2015 di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur, Kuala Berang. Terima kasih kepada semua guru yang bersama-sama meluangkan masa menjayakan perkhemahan ini.



Program Kemahiran Belajar

Program Kemahiran Belajar ting.3 dan 5  berlangsung pada 14 April 2015 pada jam11.30-2.10 ptg. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.

MAJLIS PERSARAAN ENCIK THARIM

Majlis berlangsung pada 15 April 2015 pada jam 1 tghari. Majlis ini bertujuan untuk meraikan Encik Tharim selaku staf Smk Jerangau yang akan bersara.

15 April 2015

KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 18 BAGI ZON BUKIT BESI 2015

Assalamualaikum.

SMK Jerangau telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Tampar bawah 18 bagi Sekolah Menengah Zon Bukit Besi 2015. Alhamdulillah, acara yang berlangsung selama 2 hari itu telah dilaksanakan pada:


1. Hari Ahad, 12 April untuk kategori Lelaki
2. Hari Isnin, 13 April untuk kategori Perempuan


Sebanyak 5 buah sekolah yang bertanding untuk kategori Lelaki.

1. SMK Jerangau
2. SMK Bukit Besi
3. SMK Durian Mas
4.. SMK Kuala Jengal
5. SM IMTIAZ Kemaman



Persediaan sebelum perlawanan berlangsung




Perlawanan dengan SMK Bukit Besi


Penyokong setia dengan lagu tema "Ale-ale Jerangau"


Sekolah yang muncul sebagai juara ialah SM IMTIAZ dan Naib Johan pula adalah SMK Kuala Jengal. Walaupun tidak mendapat kedudukan yang teratas, kami Warga SMK Jerangau amat bangga dengan semangat yang ditonjolkan oleh pasukan sekolah.


Untuk acara keesokan harinya,


Sebanyak 4 buah sekolah yang bertanding untuk kategori Perempuan.

1. SMK Jerangau
2. SM IMTIAZ Kemaman
3. SMK Durian Mas
4. SMK Kuala Jengal




PK Kokurikulum, Hajjah Faridah binti Sulong setia menyokong selama dua hari berturut-turut.



Penasihat Bola Tampar yang turut hadir menyokong


Urusetia yang cekap bekerja


Penyokong yang tidak putus-putus bersorak


Sebelum beraksi di perlawanan


Perlawanan yang menghiburkan!


Saingan sengit SMK Durian Mas


Alhamdulillah, SMK Jerangau telah muncul Johan untuk kategori Perempuan bawah 18. Tahniah! Semoga dapat meneruskan kejayaan di peringkat daerah MSSD tidak lama lagi. Tahniah juga kepada SMK Durian Mas yang telah muncul sebagai Naib Johan.


Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Kejohanan Bola Tampar bawah 18 bagi sekolah menengah Zon Bukit Besi 2015.

Sekian.










11 April 2015

LADAP

alhamdulillah, LADAP KESIHATAN telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 11 April 2015.Kursus ini melibatkan semua guru dan staf sekolah yg bermula pada jam 8.30 pagi.

6 April 2015

TAKLIMAT PBS PT3 dan SPM

Taklimat berlangsung pada hari ini, Selasa 7 April 2015 di dewan alhikmah yang disertai oleh pelajar tingkatan 3. Manakala pelajar tingkatan 5 berlangsung di bilik PPSMI.
Taklimat Pendidikan Islam oleh Ustazah Hajjah Faridah bt Sulong
Taklimat Geografi oleh Cikgu Nooraina bt Endut
Taklimat Geografi oleh Cikgu Wan Rosida bt Wan Mat Amin
Taklimat Bahasa Inggeris oleh Teacher Aminah Mat Shah
Taklimat KHB oleh Cikgu Noor Amira
Taklimat BM oleh Cikgu Salwati bt Muda
Taklimat PBS Pendidikan Islam(PAFA) oleh Ustaz Che Hanif
Taklimat Sains oleh Cikgu Maizatulazwa
Taklimat PSK oleh Cikgu Kamayizuddin

5 April 2015

CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA (CIP) KPS 2015

Assalamualaikum,

SMK Jerangau telah dijemput untuk menyertai Cabaran Interaktif Pengguna (CIP) Kelab Pengguna Sekolah bagi sekolah-sekolah menengah Daerah Dungun/ Kemaman yang bertempat di Pusat Latihan Kerteh pada hari Sabtu, 29 Mac 2015. Seramai 4 orang pelajar yang telah menyertai cabaran yang mengambil masa hampir tiga jam tersebut:


1. Nurul Ain Fadhillah binti Kasiran (ketua)
2. Nurfika Izzati binti Hanapi
3. Nursyamimi binti Mohamad Sukri
4. Illa Nazierah binti Anuar








Sebanyak 33 buah sekolah yang telah menyertai acara yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini. 5 sekolah yang terbaik akan ke peringkat negeri. Meskipun SMK Jerangau tidak terpilih ke peringkat akhir, pelajar-pelajar telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam menyempurnakan tugasan dan pada masa yang sama dapat menimba pengalaman baru.


Sekian.