23200, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

23 February 2017

Kejohanan Balapan Dan Padang kali ke-12 2017

Tarikh     : 21 hingga 23 febuari
Hari        : selasa hingga khamis
Tempat   :Padang dan Dewan Al-Hikmah SMK Jerangau



Pada 21 hingga 23 februari 2017, smk jerangau telah mengadakan kejohanan balapan dan padang bertempat di padang dan dewan al-hikmah.

Pada hari pertama dan kedua berlangsungnya acara saringan balapan dan padang, manakala pada hari ke 3 acara kemuncak kejohanan iaitu majlis perasmian dan penutup serta penyampaian hadiah.

Johan keseluruhan telah dimenangi oleh rumah kuning, naib johan dimenangi oleh rumah biru. tempat ketiga disandang oleh rumah hijau dan yang keempat disandang oleh rumah merah.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-12 ini.













22 February 2017

Perasmian Bengkel PAV

Assalamualaikum.

SMK Jerangau adalah satu-satunya sekolah di daerah Dungun yang menawarkan kursus Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bagi pelajar-pelajar yang cenderung ke arah kemahiran. PAV Tanaman ini ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Baru-baru ini, perasmian Bengkel PAV telah dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 22 Januari 2017 (Ahad)
Masa: 11.00 am
Perasmi: Tuan Haji Zawawi bin Ali (Pengarah Perikanan Negeri Terengganu)



Upacara memotong riben





Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah

Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan

Sekian.




10 February 2017

Jasamu dikenang

Assalamualaikum warahmatullah.


Warga sekolah kami dikejutkan dengan pertukaran dua orang guru yang telah banyak berbakti kepada sekolah. Warga sekolah berasa terkilan dengan pertukaran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Yahya bin Jusoh ke SMK Padang Pulut dan juga Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Hajjah Faridah binti Sulong ke SMK Jenagor. Bagi meraikan guru-guru kami yang telah banyak menyumbang jasa, satu majlis diadakan sebagai tanda penghargaan.

Tarikh: 11 Januari 2017 (Rabu)
Pukul: 11.00 am - 2.00 pm
Tempat: Dewan Al-Hikmah

Suasana sayu mengiringi ucapan dari kedua-dua orang guru yang diraikan. Terima kasih cikgu-cikgu. Jasamu dikenang selalu. Jangan lupakan kami di sini dan jemput datang sekolah lagi.


Pantun khas buat Encik Yahya bin Jusoh dan Puan Hajjah Faridah.

Bunga Kemboja putih berseri

Putihnya melur di hujung dahan

Atas kerjasama dan budi yang diberi Syukur dan Terima Kasih kami ucapkan

Kalau menjemur papan panjang 
Baik disusun tegak berdiri

Kalau ada umur yang panjang

InshaAllah kita kan jumpa lagi
















Moga kita bertemu lagi. InshaAllah.




5 February 2017

Program Jom ke Sekolah

Assalamualaikum.

SMK Jerangau telah menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menganjurkan Program Jom ke SekolahProgram ini dianjurkan bagi memupuk minat pelajar untuk hadir ke sekolah setiap hari. Diharap dengan penganjuran program ini, peratus kehadiran pelajar dapat dikekalkan sekurang-kurangnya 95% setiap bulan. Berikut merupakan butiran bagi program tersebut yang diadakan serentak di seluruh negara:

Tarikh: 5 Februari 2017 (Ahad)
Masa: 8.00 am
Tempat: Dewan Al-Hikmah
Perasmian oleh: Encik Abdul Rokies (wakil PPD Dungun)




















Berita gembira buat warga SMK Jerangau. Tahniah!!🎉🎉 Semoga SMK Jerangau terus cemerlang pada masa yang akan datang. Ameen.




Sekian.