23200, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

31 March 2016

Temu Murni dan Penetapan Target PT3 Dan SPM 2016


Temu Murni dan Penetapan Target PT3 Dan SPM 2016 pada 31/3/16







28 March 2016

Majlis Tadarus Alquran dan Festival Nasyid Peringkat Zon Bukit Besi

Pertandingan MTQ peringkat Zon Bukit Besi telah berjaya dilaksanakan pada 23 Mac 2016 di SMK Bukit Besi. Peserta Nasyid dan Hafazan Perempuan  SMKJ berjaya mendapat Johan peringkat Zon, manakala Syarahan Perempuan dan Tilawah Al-quran Perempuan berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada peserta yang menang dan menyertai dengan jayanya pertandinga MTQ 2016 ini.Terima kasih juga kepada guru Pendidikan Islam serta bekas pelajar yang melancarkan perjalanan MTQ ini.










25 March 2016

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2016 DIDEWAN ALHIKMAH

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah telah berjaya dilaksanakan pada 25 Mac 2016 bertempat di Dewan Alhikmah SMK Jerangau. Kursus ini bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 4.45 petang. 

Kursus ini terdiri daripada 3 slot iaiti slot pertama dikendalikan oelh cikgu Ramli bin Yusof yang bertajuk, Disiplin Pengawas.
Slot Kedua dikendalikan oleh Cikgu Husni yang bertajuk Sahsiah dan Ciri Pemimpin. Manakala SLot ke 3 juga dikendalikan oleh Cikgu Husni  yang bertajuk, Tanggungjawab Pemimpin. Banyak ilmu baru yang telah dipelajari oleh Pengawas pada hari itu, semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan oleh Pengawas supaya dapat menjadi pengawas yang cemerlang.




13 March 2016

Mesyuarat Agung Pibg Dan Penyerahan BKAP 2016