23200, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

20 December 2016

Keputusan PT3 2016

Assalamualaikum.

Tahniah kepada calon-calon PT3 yang telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. Semoga terus cemerlang untuk masa yang akan datang!







Pelajar terbaik PT3, Nur Hafiza binti Mohd Lazim




Senarai pelajar cemerlang PT3 2016:

1. Nur Hafieza binti Mohd Lazim - 7A 2B 1C
2. Nurulhuda binti Seriram - 7A 1B 2C
3. Nurul Suhaila binti Mohd Sabri - 6A 2B 1C 1F
4. Wan Amira Sabrina binti Wan Ramli@Zainal - 6A 1B 2C 1E
5. Norsyahira Natasya binti Mohd Safri - 6A 1B 1C 2D
6. Nurerzanishma binti Samande - 6A 1B 1C 2D

Sekian.






18 November 2016

Lawatan Sambil Belajar ke ADTEC

Assalamualaikum.

Untuk aktiviti pasca PT3, Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman. Lawatan yang diadakan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada peluang pengajian dan kerjaya yang ada di samping memupuk minat pelajar terhadap bidang kemahiran. Berikut merupakan butiran bagi lawatan:

Tarikh: 16 November 2016 (Rabu)
Jumlah pelajar: 32 orang
Guru pengiring: Encik Ahmad Yusran bin Yusof, Puan Nur Diana binti Mohd Kamal, Cik Fatimah Syahirah binti Mohamad
 
Untuk makluman, terdapat 8 kursus yang ditawarkan di ADTEC dengan jumlah 7 bengkel yang disediakan untuk para pelajar. Rombongan kami berkesempatan melawat 3 bengkel yang berikut.

1. Bengkel Teknologi Kimpalan









2. Bengkel Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal









3. Bengkel Teknologi Automotif





Seterusnya, rombongan lawatan berkumpul di Dewan Utama untuk sesi taklimat oleh Pegawai Pengurus Pelajar, Encik Azhar.








Terima kasih kepada pihak ADTEC yang sudi menerima kunjungan pihak kami. 

Sekian.










10 November 2016

Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Muhibbah

Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Muhibbah
Tempat  : Hotel Tabung Haji
Tarikh   : 10 November 2016

3 November 2016

Jamuan Pengawas

Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah
Tarikh  : 03 November 2016
Tempat : Dewan Terbuka SMK Jerangau

Jamuan Pengawas

Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah
Tarikh  : 03 November 2016
Tempat : Dewan Terbuka SMK Jerangau

1 November 2016

MAJLIS RESTU ILMU SPM 2016

Assalamualaikum.

Majlis Restu Ilmu telah diadakan pada hari Rabu, 2 November 2016 bertempat di Dewan Al-Hikmah. Sebelum majlis bermula, satu sesi taklimat berkenaan dengan pengurusan Peperiksaan SPM telah disampaikan oleh Encik Mohd Rafi bin Awi, Guru Kanan Matapelajaran Bahasa merangkap Penyelaras Projek Kecemerlangan SPM. Taklimat Jadual SPM pula disampaikan oleh Puan Norlia binti Romele, SU SPM sekolah.











Majlis Restu Ilmu dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Marzuba bin Mohamad. Seterusnya, majlis diteruskan dengan amanat yang disampaikan oleh Encik Zakaria bin Abd Rahman, Pengetua SMK Jerangau.










Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga kejayaan menjadi milik anak didik calon SPM SMK Jerangau 2016. 

Ameen Ya Robb.








27 October 2016

Majlis Sahabat Asrama 2016 Pada:26/10 Jam :11pagi Tempat:Asrama Sejati