23200, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

15 April 2015

KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 18 BAGI ZON BUKIT BESI 2015

Assalamualaikum.

SMK Jerangau telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Tampar bawah 18 bagi Sekolah Menengah Zon Bukit Besi 2015. Alhamdulillah, acara yang berlangsung selama 2 hari itu telah dilaksanakan pada:


1. Hari Ahad, 12 April untuk kategori Lelaki
2. Hari Isnin, 13 April untuk kategori Perempuan


Sebanyak 5 buah sekolah yang bertanding untuk kategori Lelaki.

1. SMK Jerangau
2. SMK Bukit Besi
3. SMK Durian Mas
4.. SMK Kuala Jengal
5. SM IMTIAZ Kemaman



Persediaan sebelum perlawanan berlangsung




Perlawanan dengan SMK Bukit Besi


Penyokong setia dengan lagu tema "Ale-ale Jerangau"


Sekolah yang muncul sebagai juara ialah SM IMTIAZ dan Naib Johan pula adalah SMK Kuala Jengal. Walaupun tidak mendapat kedudukan yang teratas, kami Warga SMK Jerangau amat bangga dengan semangat yang ditonjolkan oleh pasukan sekolah.


Untuk acara keesokan harinya,


Sebanyak 4 buah sekolah yang bertanding untuk kategori Perempuan.

1. SMK Jerangau
2. SM IMTIAZ Kemaman
3. SMK Durian Mas
4. SMK Kuala Jengal




PK Kokurikulum, Hajjah Faridah binti Sulong setia menyokong selama dua hari berturut-turut.



Penasihat Bola Tampar yang turut hadir menyokong


Urusetia yang cekap bekerja


Penyokong yang tidak putus-putus bersorak


Sebelum beraksi di perlawanan


Perlawanan yang menghiburkan!


Saingan sengit SMK Durian Mas


Alhamdulillah, SMK Jerangau telah muncul Johan untuk kategori Perempuan bawah 18. Tahniah! Semoga dapat meneruskan kejayaan di peringkat daerah MSSD tidak lama lagi. Tahniah juga kepada SMK Durian Mas yang telah muncul sebagai Naib Johan.


Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Kejohanan Bola Tampar bawah 18 bagi sekolah menengah Zon Bukit Besi 2015.

Sekian.










0 comments:

Post a Comment