23200, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

22 June 2017

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya' Ramadhan

Tarikh: 22/06/2017 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Al-Hikmah
Sasaran : Semua guru dan pelajar SMK Jerangau

Majlis dimulakan dengan tadarus A-Quran 30 Juz, diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Ucapan perasmian penutup Program Ihya' Ramadhan oleh Tuan pengetua 
        Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang mengalunkan ayat-ayat al-Quran setiap pagi, pertandingan hafazan, pertandingan kuiz ramadhan, pertandingan kad raya, dan pertandingan infaq terbanyak.
         Seterusnya acara pemberian sumbangan raya kepada pelajar-pelajar miskin, dan pelajar PAV. Majlis diakhiri dengan majlis salam jamaie beserta dengan pemberian duit raya kepada semua pelajar.
Alhamdulillah, program Ihya' Ramadhan berakhir dengan jayanya hasil kerjasama semua guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar.




















20 June 2017

Program Bersamamu

Program bersamamu adalah salah satu program Ihya' Ramadhan yang pertama kali diadakan di SMK Jerangau. Program ini adalah berbentuk memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin dalam bentuk beras dan makanan2 hasil dari kutipan zakat dan sedekah. Guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengunjungi rumah-rumah pelajar miskin untuk melihat sendiri kehidupan mereka. Alhamdulillah, program ini telah berjalan lancar dengan kerjasama semua guru dan pelajar.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 30 JUZ

Majlis Tadarus Alquran ini adalah salah satu program Ihya'Ramadhan yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kerohanian SeJERI. Guru dan pelajar dibahagikan kepada 30 kumpulan dan akan membaca 1 juz  serentak di dewan al Hikmah pada 15 Mei 2017.
Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang bersama2 menjayakan majlis ini.Semoga Allah memberi ganjaran dan barakah yang tidak terhingga kepada warga SMK Jerangau.ameen

Majlis Pelancaran Program Ihya'Ramadhan & Ceramah diambang Ramadhan

18 June 2017

Anugerah VLE Frog Guru dan Pelajar Jan-Mei 2017

Tarikh :  18 Jun 2017
Masa  : 08.00 pagi
Tempat : Dewan Al-Hikmah

Anugerah Top 10 Pelajar yang paling banyak menggunakan VLE Frog dari Bulan Januari- Mei
Anugerah Top 10 guru yang paling banyak menggunakan VLE Frog dari bulan Januari-Mei

TOP10 PELAJAR









TOP 10 GURU